Saturday, August 21, 2010

SIAPA SEBENARNYA TULPAN?

OLEH RANGGA CIPTA PERDANA
AEA 090712

Siapa sebenarnya Tulpan??

CERITA ini dibuat oleh Sergey Dvortsevoy, seorang pembuat filem dari Kazakstan. Beliau lahir pada tahun 1962 di Chimkent, Kazakhstan. Sebelum belajar tentang filem, Sergey Dvortsevoy bekerja sebagai seorang insinyur penerbangan. Beliau berkelana ke seluruh negeri sampai melihat ada pengumuman untuk pendidikan tinggi yang mengarah kepada penulisan naskah di Moskow.

Beliau telah mengarahkan beberapa filem dokumenter dan memenangkan berbagai festival seperti Festival dei Popoli (Florence, Italia), Sunny Side of the Doc (Marseille, Perancis), Cinema du Reel (Paris, Perancis), dan juga memenangkan penghargaan filem dokumentari bergengsi di Leipzig, Jerman, and Nyon, Prancis. Beliau mendeskripsikan karya-karya dengan sebutan ‘life cinema’ dengan tujuan untuk selalu menunjukkan kesederhanaan dan kehangatan dunia.
Filem ini menceritakan tentang Asa, dia adalah seorang pelaut yang belajar di Rusia kemudian pulang ke kampungnya di Kazakhstan. Di Kazakhstan, dia tinggal bersama keluarga saudaranya, Samal dan suaminya, Ondas serta anak-anak mereka iaitu Beke (yang sangat suka mendengarkan berita-berita politik di radio miliknya), Maha (yang sangat suka menyanyi namun Ondas tidak menyukai nyanyiannya) dan Nuka yang masih kecil. Ondas dan keluarganya bekerja sebagai penggembala biri-biri di sebuah padang pasir di Kazakhstan. Mereka tinggal di sebuah rumah ditengah-tengah padang pasir, rumah itu sangat mirip dengan rumah-rumah masyarakat yang hidup berpindah-pindah atau nomaden.
Asa selalu mengikuti Ondas dalam menggembalakan biri-birinya. Kadang-kadang temannya Boni juga ikut membantu. Asa selalu bangga menceritakan pengalamannya ketika melaut kepada Ondas, Boni dan 2 orang tua yang ternyata adalah ibu bapa dari Tulpan. Namun Ondas tidak menyukai cerita pengalaman Asa dan selalu menyuruhnya berhenti untuk bercerita.

Asa ingin memulai hidupnya sebagai pengembala dengan menikah seperti saudara perempuannya. Dia menyukai gadis yang tinggal beberapa mil dari rumah Ondas tempat Asa menumpang hidup. Gadis itu bernama Tulpan, yang juga seorang anak pengembala biri-biri. Sebetulnya Asa sudah sering bertemu ibu bapa Tulpan. Asa selalu menceritakan pengalaman melaut yang hebat kepada ibu bapa Tulpan. Asa mencuba mendekati Tulpan dan mengatakan bahawa dia mencintai Tulpan. Tetapi sebenarnya Asa tidak pernah melihat wajah Tulpan kerana Tulpan tidak menampakkan mukanya kepada Asa. Asa hanya melihat Tulpan dari belakang. Bahkan Tulpan tidak memberikan jawaban dari pertanyaan-pertanyaan Asa. Namun Asa tidak mahu berputus asa. Dia terus menyatakan cintanya dan menceritakan mimpi-mimpi indahnya yang ingin menjadi pelaut, memiliki peternakan biri-biri sendiri dan sebagainya. Namun Tulpan hanya diam sahaja dan tidak peduli dengan Asa. Sampai akhirnya ibu Tulpan datang dan mengusir Asa.
Asa mengikuti Ondas dalam mengembala biri-biri. Suatu hari Asa dan Ondas menemui seekor biri-biri betina yang akan melahirkan anak. Melihat itu Ondas membantu biri-biri itu untuk melahirkan anaknya. Dan akhirnya Ondas berjaya mengeluarkan anak biri-biri dari perut ibunya. Dengan sigap Ondas memberikan nafas buatan kepada bayi biri-biri itu. Melihat bayi biri-biri yang masih lengket-lengket kesan dari perut ibunya itu dan kemudian Ondas memberikan nafas buatan, timbul perasaan jijik dari Asa. Namun dia harus mencuba kerana ingin menjadi pengembala seperti Ondas. Walau dengan meludah kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Asa tetap mencuba memberikan nafas buatan kepada bayi biri-biri itu.
Ondas selalu memarahi Asa. Entah kenapa dia tidak suka terhadap apa yang Asa lakukan. Hingga suatu hari Asa merasa bosan dipersalahkan dan mulai melawan kata-kata Ondas. Saudara perempuan Asa berusaha menenangkan Asa dan Ondas. Tetapi sia-sia sahaja. Asa mengumpat dan mengatakan bahawa keluarga Ondas miskin. Ondas membalas dengan mengatakan Asa tidak pantas menjadi penggembala yang hidup sederhana kerana dia adalah pelaut yang menghabiskan waktunya di negara besar seperti Rusia.
Asa pergi meninggalkan Ondas dan saudara perempuannya. Tidak tahu akan kemana. Di tengah jalan dia melihat seekor biri-biri betina yang akan melahirkan. Melihat itu timbul rasa iba di hati Asa. Namun dia tidak tahu harus berbuat apa. Dia memanggil Ondas. Tetapi dengan jarak yang sudah jauh dari rumah, tentu sahaja Ondas tidak mendengar panggilan Asa. Akhirnya Asa mencuba apa yang pernah dilakukan Ondas ketika menolong seekor biri-biri yang akan melahirkan bayi. Asa menarik tangan dan kepala bayi biri-biri yang mulai keluar dari perut induknya. Asa berjaya mengeluarkan biri-biri itu dan memberikan nafas buatan seperti yang pernah dilakukan Ondas.
Asa yang ditemani Boni kembali datang ke rumah Tulpan. Asa kembali menyatakan cintanya dan meminta Tulpan untuk menikahinya. Namun seperti biasa, tidak ada jawaban dari Tulpan. Bahkan pintu pun tidak dibukakan Tulpan. Asa yang mulai hilang kesabaran akan memaksa masuk ke rumah Tulpan, tiba-tiba ibu Tulpan datang dan berniat mengusir Asa. Namun kali ini Asa tidak mahu menyerah dan dia memaksa masuk ke dalam rumah Tulpan. Namun tidak ada Tulpan disana, yang ada hanyalah seekor kambing. Ibu Tulpan pun mengatakan bahawa Tulpan sudah pergi dan dia tidak menyukai Asa. Asa pun sangat kecewa.

Asa kembali ke rumah saudara perempuannya untuk berpamitan. Keluarga Samal dan Ondas juga akan pindah dari sana kerana hidup mereka yang nomaden. Samal mencuba membujuk Asa, namun Asa sudah memiliki tekad bulat untuk pergi. Asa pun pergi ditemani oleh Boni.
Namun di dalam perjalanan, Asa melihat ke belakang. Asa melihat anak-anak Samal, apalagi Asa berjanji akan membawa Nuka (anak paling kecil) ke suatu tempat. Asa menyuruh Boni untuk menghentikan kereta dan kemudian dia kembali ke keluarga Samal dan Ondas. Dan cerita pun berakhir.
Filem ini hanya mengambil latar di padang gurun Kazakstan. Di dalam rumah dan di luar rumah. Menggunakan diegetic sound on screen ketika kamera mengarah kepada benda-benda yang menimbulkan bunyi seperti suara kereta, suara biri-biri dan suara radio yang dipegang oleh Beke. Dan tidak sedikit juga ketika menggunakan off screen seperti suara derap langkah unta dan biri-biri yang sedang berlari, suara Nuka yang berlari dengan tertawa girang ketika di dalam frame hanya ada Ondas dan Asa. Juga menggunakan non diegetic sound berupa musik latar yang sesuai dengan kehidupan padang gurun. Juga ada suara paralel sound, iaitu suara bising didalam frame dalam suatu aktiviti seperti suara derap langkah biri-biri tadi.
Filem ini menceritakan tentang kesederhanaan suatu kehidupan di suatu tempat. Hangatnya rasa kekeluargaan yang dibina oleh Samal kepada anak-anaknya. Dan kenangan masa lalu yang hebat seperti yang dikenang oleh Asa ketika dia masih menjadi seorang pelaut.
Saya rasa Tulpan adalah filem yang berjenis Soviet Cinema yang tidak menampilkan sebab akibat atau jalan cerita yang sesuai dengan plot dengan tokoh protagonis dari cerita ini ialah Asa, seorang pelaut yang baru pulang dari Rusia. Sehari-harinya Asa membantu keluarga Ondas mengembala biri-biri.
Yang menjadi pertanyaan saya adalah siapa sebenarnya Tulpan??
Di dalam filem ini diceritakan bahawa Tulpan adalah seorang gadis anak pengembala yang disukai oleh Asa. Namun saya tidak pernah tahu sebenarnya siapa gadis ini?kenapa nama filem ini ialah Tulpan?tapi tidak menceritakan tentang seorang Tulpan seutuhnya, justeru menceritakan tentang seorang Asa yang ingin menikah dengan Tulpan. Dan pada akhirnya Tulpan menghilang begitu sahaja.
Filem ini diterima oleh masyarakat kerana menampilkan kesederhanaan dan telah memenangi gelar festival filem cannes tahun 2008, pemenang filem terbaik di Asia Pasific Screen Award 2008, masuk dalam nominasi Achievement in Directing di Asia Pasific Screen Award 2008 dan memenangi kazakhstan academy award 2009 untuk kategori filem yang berbahasa asing.

No comments:

Post a Comment